Sunday, May 13, 2012

Di Terbangkan ?

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.
Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. :)

Di hujung-hujung minggu nie pasti semuanya menghabiskan masa dengan penuh manfaat kan, yelaa esok dah mula balik rutin dunia yg penuh kesibukan nya yg tercipta, huhu. Jangan mengeluh taw, jejakilaa dunia ini sepertimana kita merasakan kita akan hidup 1000 tahun lagi dan janganlaa kita lupa untuk beribadah kepada ALLAH sepertimana kita merasakan kita akan mati pada esok harinya ;)
Tapi yaa, manusia 'agak' laa kurang sifat bersyukur nya yerrr. Tak perlu cakap pasal owg lain laa uly, diri sendiri senag kan. Yupp ! Haku merasakan xnak laa hari Isnin, sebab kena g kerja, xkerja, xdhe duit, xdhe duit, xleyh pulak nak beli makanan kn? Makanan ! Haha :p Hidup bukannya untuk makan, tapi makan tuk hidup Ok ! Ok-Ok stop nonsense uly ! Maaf-maaf, panjang pulak intro ny nih, huhu.

Untuk minggu nie cuma esok (Isnin) dan Jumaat j haku g kerja ok :D Haa, kan dah senyum sampy telinga, hehe. Sebabnya, esok malam, insyaALLAH haku dan Mak akan 'diterbangkan' khas oleh kapal besi ke Kuching ! Hoorayyyy ! Cuti lagi (gaji xjalan laa nampakny-haha) 
Ahernya haku jejak kaki ke KONVOKESYEN sendiri ! Alhamdulillah ! ThanQiu ALLAH ! Thanqiu mak-abah-nenekda (s)-ngah (s)-wa (s)- usu (s). Tak lupa sahabat (s) Terima Kasih semua atas susah payah kita bersama, dari segi sokongan-dorongan-kewangan, xlupa doa ! :) InsyaALLAH akan pegi pada masa ini:::

Myy-Kch (AK6541) ---> Depart:2105
                         Arrive: 2205

Kch-Myy (AK6546) ---> Depart: 1200
                          Arrive: 1300

Double-rius Serius haku cakap, haku nebesss ok ! Nak tau kenapa? Sebab... Ok, macam nie, sebelum pegi kita kan kena settle semua urusan cam print slip so whatever, bayar yuran... Yuran??? Yupp ! Haku ada masalah dengan hal nie. Sebab... Haku punya yuran ada 3 BIL !!! 
1- Yuran Konvo (RM115)
2- Yuran Pelajar Amanah??? (RM100)
3- Yuran Pelajar Amanah (LAGI???) (RM100)
How??? ALLAH, haku cuba banyak kali tau call UiTM (atas bantuan sahabat cari no. telefon tue-terima kaseyh) nak tanya pasal nie tapi hampehhhh :(( Takda respond langsung ! Seruis, sebab tue haku nebesss nih, kang xpasal-pasal percuma j pegi sana tapi xleyh Konvo camne? :( ya ALLAH, jauhkan laa perkara mcm tue jadi. Hushhhhhh-hushhhhh !

ya ALLAH, permudahkan laa urusan kami di sana nanti, kuat kan laa kami dalam menempuh dugaan nya seandainya itu yg terbaik buat kami. amiinn ~
Mohon doa dari kalian juga yaa. Terima Kaseyh sangat-sangat ! Maaf ~

Sekian dulu, wassalam ~

Saturday, May 12, 2012

Yg sempat d rakamkan ;)

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.
Salam sebiru hari ini ;)

Ohh, kali ini mungkin nak kongsi sikit gambar-gambar semasa keberadaan haku di bumi bertuah tue. Setelah sekian lama menyimpan hajat kan. Ahernya, alhamdulillah. Terima kaseyh banyak-banyak buat semua. Maaf jugak sangat-sangat ehh.
Layannn gambar-gambar j kali nie ehh =]






























Okeyh ! tue j yg mampu d upload buat masa nie ehh. Suma gambar-gambar tue ekot flow perjalanan percutian sepanjang d sana. Dari awal-awal datang sampy laa hari haku yg t'aher d sana. Terima kaseyh sahabat (s) sebab sama-sama ukir kenangan nie. Mungkin ada yg ter Missout, maaf. InsyaALLAH ada rezeki kita jumpa lagi dan rakam semuanya kalau mampu, insyaALLAH.
Jaga diri semuanya. 
Wassalam ~

Friday, May 11, 2012

Rezeki :)

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.
Salam indah malam dengan bintang ! ;p

Haa, nie bila mood sudah ada. Habesss laa. hihi.Hurm, haku nx bagitau yg haku d interview semalam ! Interview apha? Kat ofis ada sowg staff nx berhenti tau, ada jugak kteowg dengar akan ada laa daripada kteowg (staff BR1M) akn menggantikan tempat beliau nie. So, hari Rabu-9 Mei, haku dapat panggilan telefon dari admin yg esok haku ada interview kot. ya ALLAH, terus menggelatar laa haku, macam xkenal kan uly. Lepas tue semua dok tanya tapi haku cuma cerita pada yg berkenaan j laa kan. Lepas tue terus bagitau mak dan yg lain. Suma ucap syukur. Alhamdulillah. Tapi haku yg dok nbessss kot. Semalam interview pukul 9 pagi kat bilik Timbalan Pengarah. Pengarah xdhe pulak, bercuti. Syukurlaa kan, hehe.
Masa masuk adha 2 owg panel tengah tunggu. Haku ketuk pintu dan di suruh duduk. Serius nebesss tahap gaban ok ! Dimulakan dengan bacaan basmalah haku duduk dan senyum, hehe :) Ditanya satu-satu dan haku pun jawab sumanya satu-satu. Bila panel diam, haku pulak ngegeh-ngegeh bertanya itu-ini kot, haha. Nebesss punya pasal laa tue, hehe ;p
Alhamdulillah ! Serius, haku xsangka interview haku buat kali ke-2 nie lebih mudah. Alhamdulillah :) Dengan itu secara rasminya haku resign daripada Sambilan BR1M kepada Sambilan LHDN biasa bermula hari ini tadi. Dengan lantikan ini, kontrak haku dinpanjangkan insyaALLAH. Andai tiada aral, kontrak mungkin smpy bulan Disember ;) Mohon doa yg terbaik ehh, tme kaseyh !
Tadi, bila ada meja-kerusi-pc sendiri, tipu klow x excited tapi rasa tue pandy hilang pulak sikit-sikit sebab enviroment. Tapi xpa laa, dugaan tempat baru kn ! B strOng wahai hati-mental-diri :)

Sebelum terlupa, insyaALLAH minggu depan, 3 hari lagi. Isnin malam haku dan bonda (mak) terchenta akan fly ke Kuching. Ahernya, konvo jugak. Alhamdulillah. Banyak wa Besar nya nikmat ALLAH. SubhanALLAH ;) Mohon juga doanya semoga semua berjalan lancar buat kami semua masa itu ehh. amiin :)

Ok, sekian dulu kali ini. Maaf. 
Jaga diri , wassalam ~

Kisah Di Sana :)

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.
Salam Jumaat, raja segala hari :)

Ya ALLAH ! Syukur, akhirnya tercatat juga entry terbaru. Maaf dulu buat pertama kalinya, mungkin ada yg menunggu kehadirannya. Ok, terperasan sendiri. Hehe. Maaf buat kali ke-2 sebab blog terpaksa d private kan buat sementara waktu. :( Sekarang, alhamdulillah semua agak stabil.
Ok, nak langsaikan janji wa hutang .(MUNGKIN ENTRY INI AGAK PANJANG EHH)
2 minggu yg lepas haku baru balek dari Tanah Malaya kan, banyak sebenarnya cerita. Hari tue memang dah niat nak hupdate, share suma tapi banya pulak halangan nya. Maaf yerrr bagi yg menunggu. Ok, lagi sekali perasan, hehe ;p
Hurm, nak mula cerita dari mana ehh. Pengalaman, perasaan? Ya ALLAH, sungguh ! ALLAH j tahu rasa getar di jiwa. Sebab apa? Sebab, sahabat-sahabat dapat tahu haku yg ngegeh nie akan ke tanah malaya sebelum haku naek flight ok ! Haa, mau x haku x bergegar lutut. Padan laa an muka haku yg ngegeh nie kan. Huhu. Sepanjang dalam flight haku perbanyakan istighfar pada ALLAH. Disebalik istighfar tue ada rahsia ALLAH yg kita xtau kan, insyaALLAH ;) Selama 2 jam 10 min haku dok dalam AirAsia flight, haku selamat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, LCCT. Alhamdulillah. Bila pijak j tanah, SubhanALLAH, macam x percaya sampy jugak haku ke bumi tue kan, kuasa ALLAH, tanpa haku rancang serancang-rancangnya, haku selamat jugak smpy kan. ;) Bila smpy tue, haku duduk tunggu ada kew sapa-sapa nak hamek haku nie ehh? Haha. Kan suma dok marah an haku datang tiba-tiba. Masa smpy tue jugak boleh pulak perut haku rasa sangat LAPAR, haha. Alhamdulillah, dalam 15-20 min menunggu, ada sahabat call cakap, 'yue kat ner, kejap lagi sampy nie, tunggu luar taw' ya ALLAH, terima kaseyh ! Ada owg amek laa, haha. Ngegeh x haku? Pastu, haku pun tunggu laa kat luar dalam 2-3 min, pastue ada laa sowg minah nie macam nak elak dari haku tau, pastue haku toleh, dengan x sengaja ny haku jerit ok ! Sebut nama dy ! ya ALLAH, xtaw laa, haku excited sgt kot bila jumpa sahabat kat bumi bertuah tue buat yg pertama kalinya. Lapas adegan kami salam-peluk-cium kejap, dgn sora haku yg 1 dunia pon boleh dgr tym kami berjalan menuju ke kereta. Lagi sx haku jerit sebelum aksi salam-peluk-cium buat kali ke-2. Haha. Bila dalam kereta, haku dok cakap kat dyowg haku kan kali pertama datang, lupa pulak nx calit tanah kat dahi tadi. Haha, petua owg tua-tua bila kita sampy kat tmpat baru, calit tanah kat situ kat dahi. Motif? Mungkin supaya berkat, selamat laa kita sepanjang kat situ. Huhu. Nasib baek haku xbuat taw, hehe ;p
Ok, jadi seterusnya, sahabat haku yg baik lagi lembut (hehe) bawak haku pegi solat dulu den pegi MAKAN ! Best part nih, hehe. Lepas settle semua, kami pulang ke teratak yg tersergam indah sahabat. Terima kaseyh taw sbb sud tumpangkan perantau yg dtg mengejut nih, sangat menghargai. Malam, jalan lagi ke Putrajaya, ya ALLAH, serius haku JAKUN ok sepanjang perjalanan. Macam owg baru keluar kandang j tanya banyak apa menda itu-ini. Maaf sahabat-sahabat ku. Begitu jugak hari-hari seterusnya, jalan-jalan-jalan. 
Ohh, lupa, hari keberapa lupa, sahabat bawak pegi KL, memang pegi bandar dy lahhh camtue, sebelum tue g amek sahabat lagi !!! ya ALLAH lagi sx haku hamper terjerit tapi kaber-kaber takut nanti, owg cakap gila pulak yew dak? hehe. Sangat seronok dapat spend tym sama-sama, makan sama-sama, tetak (gelak) sama-sama. Cerita suka-duka sama-sama. ya ALLAH, masa tersa sangat pantas j masa tue. Makam aiskrim paling best sampy 2 round kot, suma sebab haku yg ngegeh nie, haha. Tme kaseyh kowg sbb ekot j si ngegeh nie kan, haha. Best nya waktu tue kan? Hari selepasnya, haku dengan sahabat-sahabat lagi, lagi sx hamper terjerit bila jumpa pada mulanya, hehe. Ok, masa nie kami ada trip ok. Kiranya dari Selangor-Johor-Melaka-N9 gituuuu ! ya ALLAH sgt best semuanya. Sepanjang trip tue kami jalan-makan-jalan-makan kn? ya ALLAH ! Nikmat dunia yg sementara yg Engkau pinjamkan untuk senangkan hati kami ;)
Bila balek Selangor, tue merupakan hari haku kena balik Myy esoknya. Sangat x terasa kn? InsyaALLAH tersemat indah semuanya kenangan tue. Maaf sangat buat sahabat-sahabat yg dirindui sangat tapi kita xdapat jumpa :(( Memang salah si ngegeh nie sbb xbagitau. Maaf ~
Bila sampy airport, sahabat hantar lagi, lagi sx hati, lutut rasa xsenang dudok. Rasa gementar yg teramat ! Bila masa semakin mencemburui, sahabat kena gerak dengan kadar segera, kami cuma mampu salam-peluk-cium buat kali teraher kalinya. ya ALLAH, sungguh haku cuba tahan dari jatuhnya butir mutiara mata, tapi kalau dah uly nama nya, xdapat laa nx tahan-tahan. Basah jugak laa tudung sahabat-sahabat ketika berpelukan. Maaf ~ 
Bila masuk flight pulak, tempat agak kurang strategik tapi syukurlaa ada tempat dudukkn, complain pulak, huhu. ;p Bila dah duduk, rasa sayu wa sebak xhilang-hilang lagi :(( Semakin rancak pulak rasanya. Serius ! Owg sebelah dah bagi haku minyak panas yg konon nya haku nie sejuk mungkin, haha. Haku gelengkan kepala j waktu tue. Masa tue, haku d apit oleh perempuan di sebelah kanan dan lelaki sebelah kiri. Yg xboleh blaa nya, makin haku tahan rasa tue, makin kuat pulak bunyi sedu-sedan haku kot ! ya ALLAH, sepanjang dalam flight haku dok meleleh doooo ! Smpy laa haku terlelap tanpa haku sedar. Haku sedar balik bila dah nx smpy myy dah. Masa tue bkk mata den mata rasa sedikit pedih. Haku xpasti apa sebab haku sebak sakan macam tue, tapi haku sangat sedihhh sbb haku rasa sangat bersalah. Rasa sangat rindu. ya ALLAH ! 
Bila dah smpy myy, nenek dah tunggu dah kat airport dan terus laa balek umah :) Alhamdulillah. 
Setakat nie, tue j dulu k, maaf, gambar-gambar xtau nx pilih lagi. InsyaALLAH, ada rezeki haku tunjukan ehh. Buat semua sahabat-sahabat, haku minta maaf sangat-sangat ! Terima Kaseyh sebab kalian sahabat terbaik ! insyaALLAH ! :) 

Jaga diri, wassalam ~